Tular satu klip video dimuat naik oleh pengguna TikTok @sir_ariff, menunjukkan barisan kereta Honda City menggunakan livery rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada masa sama kereta itu turut dilengkapi lampu strob pada bumbung barisan kereta-kereta baharu tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

“Goodbye Preve. Welcome H,” petik caption ringkas video TikTok @sir_ariff itu.

@sir_ariff

goodbye preve . welcome H 🙏

♬ Suci Di Mana Kini Kau Berada – Rasyid

Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi daripada pihak PDRM mengenai pengguna Honda City sebagai kereta peronda baharu.

Terdahulu, PDRM menerima 1,275 buah Honda Civic dan Proton X70 secara berperingkat sebagai Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) untuk tugasan rondaan bagi menggantikan model kereta yang digunakan sebelum ini.

Difahamkan kereta-kereta yang ditawarkan itu turut dilengkapi dengan peralatan komunikasi RMPNeT, dashcam serta perakam video digital yang disewa secara konsesi melalui syarikat Spanco Sdn Bhd selama lima tahun.

Penggunaan kenderaan peronda terbaru dengan teknologi terkini ini difahamkan dapat meningkatkan lagi kecekapan PDRM dalam melaksanakan tugasan harian.

Bukan Beli, BMW M3 Cuma Dipinjamkan Kepada PDRM Untuk Pandu Uji

Dalam pada itu, PDRM juga pernah dipinjam lima jenis kenderaan yang terdiri sebuah BMW M3, dua buah BMW X3 dan dua buah Volkswagen Tiguan untuk dipandu uji pada tahun 2021 lalu.

Pinjaman itu dibuat selama dua minggu tanpa sebarang apa-apa perjanjian.

Kereta-kereta itu telah digunakan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan cawangan pengiring.