Selepas sebulan lebih tempahan model facelift Honda City terbaharu dibuka, hari ini Honda Malaysia mendedahkan lima varian model kereta sedan tersebut untuk pasaran negara ini.

Empat varian terdiri daripada model petrol iaitu S berharga RM84,900, diikuti E (RM89,900), V (RM94,900) dan RS (RM99,900). Manakala model hibrid pula e:HEV RS ditawarkan pada harga RM111,900.

Baca Juga:

Bagi model petrol, ia dikuasakan dengan enjin 1.5 liter naturally-aspirated inline-four DOHC i-VTEC, menghasilkan 119hp, 145Nm tork dan bergerak melalui roda depan dengan transmisi CVT.

Untuk model hibrid pula, ia menggunakan sistem Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD), bergerak dengan roda depan yang dikuasakan oleh satu motor elektrik menghasilkan kuasa 107hp dan 235Nm tork. Manakala bagi petrol pula, menghasilkan 97hp dan 127Nm tork.

Sumber Gambar: Honda Malaysia
Sumber Gambar: Honda Malaysia

Model facelift City 2023 hadir dengan rekaan gril serba baharu dan kemasannya berwarna hitam. Lampu kabus dan bampar hadapan kini juga berwajah baru.

Bagi model tertinggi RS, ia hadir dengan kemasan tambahan seperti spoilerskirting tepi kiri kanan, rekaan ala diffuser dan lencana RS baharu.

Sumber Gambar: Honda Malaysia
Sumber Gambar: Honda Malaysia

Antara ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan adalah Honda Sensing standard bagi semua varian, begitu juga dengan enam airbag, VSA, ABS, EBD, bantuan brek, bantuan permulaan bukit, isyarat berhenti kecemasandan penyangkut tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.

Warna-warna yang ditawarkan pada pelanggan kali ini adalah Red Metallic, Platinum White Pearl, Meteoroid Gray Metallic, Lunar Silver Metallic dan Crystal Black Pearl.

Bagi anda yang mahu menempah atau memandu uji kereta sedan terbaharu ini yang ditawarkan di Malaysia, bolehlah singgah di mana-mana pusat pameran dan jualan berhampiran anda bermula hari ini. Anda juga boleh melihat model WR-V yang turut ditawarkan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.