Honda Malaysia telah telah melancarkan model Civic FE ‘facelift‘ 2025 untuk pasaran tempatan.
Antara penambahbaikkan untuk kali ini adalah bampar hadapan dengan rekaan gril honeycomb serba baharu, rim aloi 18-inci berwarna kelabu matte, serta panjang kereta lebih 3 mm. Lampu belakang pula lebih menarik setelah lebih digelapkan.
Baca Juga:
- Honda Malaysia Bagi Civic Type R Diskaun RM80,000 Buat Ramai Tak Senang Duduk
- Bakal Ganti Jazz, Honda Malaysia Kongsi Video ‘Teaser’ City Hatchback
- Honda Malaysia Turunkan Harga Kereta Sehingga RM9,502.47
Dua trenkuasa ditawarkan mengikut varian. Bagi model Petrol RS hadir dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang menghasilkan kuasa 182PS dan 240Nm tork.
Sementara e:HEV RS pula hadir dengan trenkuasa 2.0L e:HEV dipadankan dengan Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT) yang menghasilkan kuasa 184PS dan 315Nm tork.
![](https://thevocket.com/app/uploads/2025/01/vocket-honda-civic-facelift-2025-1-1050x700.jpg)
Daripada segi keselamatan pula, semua varian Civic baharu ini dikuasakan dengan Honda SENSING sebagai standard.
Antara ciri-ciri keselamatannya; Low Speed Follow (LSF), Lead Car Departure Notification System (LCDN), Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW) dan Auto High Beam (AHB).
Pemandu juga boleh mengakses sistem Google Built-In hanya menggunakan suara untuk menggunakan pelbagai aplikasi melalui skrin 9-inci.
Orang ramai boleh menempah Honda Civic 2025. Bahkan tempahan sudah mula dibuka sejak Disember 2024 lalu.
Model facelift ini ditawarkan dalam empat varian; 1.5L E (RM133,900), 1.5L V (RM144,900), 1.5L RS Petrol (RM149,900) dan e:HEV 2.0L RS hibrid (RM167,900).
Terdapat lima warna pilihan yang terdiri daripada Canyon River Blue Metallic, Platinum White Pearl, Red Metallic, Meteoroid Gray Metallic dan Crystal Black Pearl. Pada masa sama setiap kereta diberikan pre-installed tint filem Solar and Security.