Honda menamatkan jualan model Civic Type R FL5 di pasaran Eropah dengan memperkenalkan model edisi terhad — Ultimate Edition.
Model istimewa ini hadir dalam warna ikonik ‘Championship White’ dengan pelekat merah khas pada bonet dan sisi kereta.
Baca Juga:
- Bantu Tingkatkan Keyakinan Pelajar, Sekolah Memandu Singapura Guna Honda City
- Nissan Batal Gabung Dengan Honda, Pelan RM265 Bilion ‘Hancur’
- Ketua Jabatan Honda Akui Cabaran Bina ‘Civic Type R EV’ Yang Menyeronokkan
Sementara bumbung kereta berwarna hitam, serta perincian karbon di seluruh kereta termasuk spoiler belakang dan kemasan pada ambang pintu.


Di ruangan dalam pula, kemasan karbon turut digunakan pada panel konsol tengah.
Terdapat pencahayaan tambahan highlight bahagian lapisan pintu, pemegang cawan, konsol tengah, ruang kaki, dan pencahayaan di bawah tempat duduk.
Logo Type R terpancar apabila pintu dibuka.
Hanya 40 unit Honda Civic Type R ‘Ultimate Edition’


Sebagai tanda istimewa, pemilik akan menerima kotak hadiah eksklusif yang sepadan, mengandungi lencana bernombor – dari satu hingga 40 – dan rantai kunci karbon, bersama alas kaki dan selimut kereta yang direka khas.
Menerusi kenyataan rasmi Honda Eropah, hanya 40 unit ditawarkan di seluruh rantau itu.