Pada hari semalam, satu Malaysia dikejutkan dengan diskaun yang diumumkan Honda Malaysia baru-baru ini.
Menerusi promosi ‘Unwrap Big Savings‘ menawarkan harga diskaun yang terdiri daripada rebat tunai dan ‘bonus akhir’ khas sepanjang bulan Oktober ini.
Baca Juga:
- Cuma 19 Unit, Hanya Pelanggan Malaysia Terpilih Sahaja Boleh Miliki Honda Civic Type R FL5
- Selalu Berselisih Semasa Kerja, ‘Driver Lori’ Ini Berjaya Miliki Honda Civic Type R Sendiri
- Pemandu Honda Civic Buat Lori ‘Panas’, Toyota Supra Jadi Mangsa
Diskaun yang diberikan ada yang setinggi RM80,000. Di mana harga diskaun tersebut adalah untuk model idaman ramai, Civic Type R FL5.
Harga asal bermula RM399,000, sementara harga selepas diskaun cuma RM319,000. Manakala bagi yang berdaftar Langkawi, daripada RM219,900, kini sudah menjadi RM139,900 sahaja.
Menjengah platform Facebook, didapati ramai orang tak senang duduk apabila mendapat tahu harga diskaun tersebut.
Tambah warganet lagi, tawaran itu sangat berbaloi kerana pembeli dapat model baharu daripada Honda Malaysia yang berserta waranti jika hendak dibandingkan dengan model-model recon.




Selain Civic Type R FL5, Honda Malaysia turut menawarkan harga diskaun untuk model HR-V, City, WR-V, Civic, CR-V dan City Hatchback terpilih.
Anda boleh lihat senarai penuh harga diskaun yang diumumkan Honda Malaysia menerusi carta di bawah.