Hari ini Honda Malaysia mengumumkan tempahan bagi Honda CR-V generasi ke-enam kini telah pun dibuka di kesemua 101 wakil pengedar yang ada di seluruh Malaysia.

Bagi generasi baharu ini, buat pertama kali CR-V hadir dengan versi hibrid 2.0L e:HEV serta spesifikasi tertinggi RS. Pengguna juga boleh mendapatkannya dengan enjin 1.5L VTEC Turbo.

Menerusi trim RS, SUV itu dilengkapi dengan kamera 360 darjah, sistem audio speaker Bose 12, roda aloi 18-inci, sistem Honda CONNECT serta Honda SENSING, dan enjin hibrid 2.0L e:HEV.

Memetik kenyataan daripada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, berkata Honda Malaysia yakin bahawa CR-V generasi keenam serba baharu akan sekali lagi menepatkan penanda aras baharu dalam segmen SUV bukan nasional dan menawan hati rakyat Malaysia yang mahukan SUV elegan serta meyakinkan sambil memberikan pengalaman pemanduan hebat.

“Sehingga hari ini, CR-V telah terjual lebih daripada 129,000 unit mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu penyumbang tertinggi Honda Malaysia kepada sejarah jualan kami.

“Dengan pelancaran CR-V serba baharu tidak lama lagi, kami menjangkakan penguasaan berterusannya dalam segmen SUV bukan nasional,” katanya dalam satu kenyataan.

Honda CR-V serba baharu kini boleh mula ditempah
Sumber Gambar: Honda Malaysia

Dalam pada itu, Honda Malaysia akan melancarkan SUV baharu itu pada bulan Disember tidak lama lagi. Bagaimanapun bagi anda yang berminat, pra-tempahan sudah pun boleh dibuat melalui pautan ini.

Namun, untuk memberikan pelanggan melihat dan merasai pengalaman lebih awal daripada tarikh pelancaran rasmi, beberapa wakil pengedar Honda terpilih bakal mengadakan pameran eksklusif seperti berikut —

17 November – 18 November 2023

Ban Chu Bee Sdn Bhd

18 November – 19 November 2023

Syarikat Tan Eng Ann Sdn Bhd

25 November – 25 November 2023

Ban Lee Heng Motor (Melaka) Sdn Bhd

Kah Motor Co Sdn Bhd – Tebrau

Yong Ming Motor Sdn Bhd

Elmina Motors Sdn Bhd

2 Disember – 3 Disember 2023

Botanic Auto Mall Sdn Bhd

Peringgit Sri Motor Sdn Bhd

Sri Utama Auto Sdn Bhd

9 Disember – 10 Disember 2023

Formula Venture Sdn Bhd

Motoria Sdn Bhd

Vivahill Auto Sdn Bhd

Sumber