Hari ini Honda Malaysia melancarkan model serba baharu HR-V untuk pasaran tempatan.
Ia hadir dengan tiga pilihan varian, bermula RM115,900 (S), RM130,900 (E) dan RM143,900 (e:HEV RS).
Baca Juga:
- Honda Civic Type R ‘Ultimate Edition’, Penamat Untuk Jualan Di Eropah

- Bantu Tingkatkan Keyakinan Pelajar, Sekolah Memandu Singapura Guna Honda City

- Honda Civic ‘Facelift” 2025 Boleh Ditempah Dengan Harga Bermula RM133,900



HR-V Serba Baharu menawarkan pengalaman pemanduan yang serba boleh menerusi tiga jenis trenkuasa berbeza. Enjin petrol 1.5L DOHC i-VTEC menghasilkan 121PS dan 145Nm tork, memberikan gabungan seimbang antara kepraktisan dan kecekapan.
Untuk prestasi lebih bertenaga, enjin 1.5L VTEC Turbocharged menawarkan kuasa 181PS dan 240Nm tork, dengan pecutan yang lancar serta rasa pemanduan yang dinamik dan menyeronokkan.
Sementara bagi mereka yang memilih teknologi hibrid, trenkuasa hibrid canggih 1.5L e:HEV menghasilkan 131PS dan 253Nm tork, menawarkan prestasi hibrid yang mantap serta peralihan lancar antara mod pemanduan EV, Hibrid dan Enjin.

HR-V serba vaharu dilengkapi dengan tiga mod pemanduan yang boleh dipilih: ECON, Normal, dan Sport.
Daripada segi ciri keselamatan pula, Honda SENSING hadir untuk semua varian. Ini termasuklah penambahan ciri Adaptive Driving Beam.
Bagi meningkatkan lagi pengalaman pemanduan, pemandu kini boleh menikmati kemudahan ciri kereta berhubung (connected car) melalui Honda CONNECT yang tersedia untuk varian S dan E.

HR-V Serba Baharu kini tampil dengan dua pilihan warna baharu yang menarik — Phoenix Orange Pearl yang menyerlah dan Crystal Black Pearl yang elegan.
Pilihan warna lain yang turut ditawarkan termasuk Platinum White Pearl, Meteoroid Gray Metallic, dan Stellar Diamond Pearl.
Orang ramai kini sudah boleh lihat dan pandu uji model HR-V baharu di semua pengedar sah Honda di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.