Pesilat negara, Merrywati Manuil telah memenangi pingat emas Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 yang berlangsung di Ayer Keroh bulan lalu bagi kategori solo Kreatif Wanita.
Malah, Merrywati Manuil turut memegang status juara dunia. Akan tetapi, penampilan ketika kejuaraan tersebut yang memakai tudung telah mencetuskan persoalan orang ramai kerana dirinya beragama Kristian.
Oleh itu, dalam satu kenyataan di Facebook miliknya baru-baru ini, dia tampil menjelaskan sebab dia memakai tudung. Menurutnya, tindakannya itu kerana menghormati seni silat warisan orang Melayu.
“Banyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang-orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat.
“Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan. Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan,” kata Merrywati Manuil.
Tambahnya, tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak yang meminta dirinya untuk memakai tudung tetapi hanyalah sekadar rasa hormat terhadap seni warisan.
Untuk makluman, Merrywati merupakan antara penyumbang tujuh emas skuad silat negara di kejohanan itu dan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Menyamar Jadi Boss James Buat ‘Giveaway’, Polis Beri Amaran Jangan Tertipu
‘Selfie’ Topson Depan Restoran Mee Tarik Di KL Buat Peminat Dota Seluruh Dunia Mahu Cubanya