Sekiranya anda isu mengenai perkembangan politik negara, pastinya anda sedia maklum di mana hampir setiap bulan terdapat berita melibatkan peralihan kerajaan dan sebagainya. Hal ini sekaligus membuatkan kerajaan yang memerintah dilihat tidak stabil.

Terbaharu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan baginda tidak akan melayan mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

Justeru, baginda menitahkan agar semua pihak menerima menghormati pembentukan Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara ketika ini.

Bagi yang hendak bermain politik, baginda memberi amaran supaya mereka menunggu peluang itu untuk bersaing pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak akan melayan sebagai permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

“Semua pihak mestilah menerima dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk. Jika ada hendak bermain politik, tunggu masa pilihan raya yang akan datang,” titah baginda.

Baginda bertitah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, hari ini.

Sumber