Hot Toys dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu syarikat yang menghasilkan patung figura aksi yang sangat hebat untuk para collectors.

Kali ini, Hot Toys meneruskan kerjasama dengan Marvel Studios untuk menghasilkan perisai War Machine Mark IV pula; seperti yang dilihat dalam filem Avengers: Infinity War.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perincian yang dibuat oleh Hot Toys sangat hebat kerana setiap perisai dan senjata dibuat sama seperti apa yang anda lihat di dalam filem. Dapat dilihat back-mounted missile launchers, LED Arc Reactor di bahagian dada dan corak camo dibuat dengan baik sekali.

War Machine 3

War Machine 1

Wajah Don Cheadle juga memang sama seperti wajahnya di luar. Patung ini bukan untuk kanak-kanak dan ianya akan dijual pada harga USD415 (RM1,685+-) setiap unit. Dengan perincian seperti ini, rasanya berbaloi ringgit yang anda laburkan.