Setelah diberi teaser pada minggu lalu, kini syarikat HTC telah buat comeback dengan melancarkan telefon pintar terbaharu mereka secara rasmi di pasaran Taiwan.

Apa yang mengejutkan adalah telefon pintar ini hadir di dalam kelas pertengahan, bukan seperti yang diharapkan oleh para peminat di luar sana.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Boleh teruskan bacaan untuk ketahui lebih lanjut spesifikasi yang ditawarkan menerusi model HTC U24 Pro pada kali ini.

HTC U24 Pro

htc buat comeback
Sumber Gambar: HTC

HTC U24 Pro ini dilengkapi skrin 6.8-inci OLED dengan sokongan refresh rate 120Hz. Model ini hadir dengan janaan cip Snapdragon 7 Gen 3 bersama memori sebesar 12 GB LPDDR5 RAM dan sokongan storan sehingga 512GB UFS 3.1 malah boleh diperluaskan lagi dengan kad mikro SD.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 8MP dan telefoto 50MP. Untuk kamera swafoto, HTC sekali lagi menggunakan lensa 50MP dengan sokongan Autofocus yang bakal memberikan pengalaman potrait yang lebih mengagumkan.

htc buat comeback
Sumber Gambar: HTC

Dengan tetapan kamera sedemikian, peranti ini berupaya melakukan rakaman video sehingga resolusi 4K. Kehadiran sokongan AI juga bakal menambahkan lagi keseronokkan anda mengambil gambar atau video menerusi peranti ini.

HTC U24 Pro ini dibekalkan bateri sebesar 4,600mah bahkan menyokong pengecasan pantas 60W berwayar atau secara wireless 15W dan berbalik 5W.

Ciri lain yang disertakan termasuklah bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.3, sokongan sambungan 5G, NFC dan sistem speaker stereo yang imersif.

Harga jualan HTC U24 Pro ialah TWD 18,990 (~RM2769) untuk model 12/256 GB dan TWD 20,999 (~RM3061) untuk model 12/512 GB dengan pilihan warna Space Blue serta Twilight White.

Seperti yang dimaklumkan, peranti hanya ditawarkan di pasaran Taiwan setakat ini. Diharapkan dengan HTC buat comeback ini juga bakal memperluaskan penawaran peranti terbaharu mereka ke pasaran lain juga.

Sumber