Umum tahu, sejak akhir-akhir ini dapat dilihat Huawei berjaya menjadi antara jenama telefon pintar yang menawarkan teknologi baharu serta mendahului jenama-jenama telefon pintar yang lain.
Terbaharu, selepas berjaya mendominasi carta kualiti kamera DxOMark, jenama ini nampaknya sudah mempunyai sebuah lagi teknologi terbaru iaitu pengecasan pantas 120W sehingga 200W.
Difahamkan model terbaru Huawei iaitu Mate 40 ditawarkan dengan pengecasan pantas 66W dimana ianya sudah cukup memadai membandingkan dengan model-model telefon pintar yang lain.
Dalam pada itu, syarikat ini komited untuk mengeluarkan teknologi pengecasan pantas yang lebih pantas dalam memudah para pengguna dapat mengecas peranti dengan lebih singkat.
Setakat ini, teknologi pengecasan pantas sehingga 200W dikatakan mungkin bakal ditawarkan pada peranti-peranti besar memandangkan teknologi ini lebih sesuai digunakan pada kapasiti yang lebih besar bagi mengelakkan peranti mudah panas dan sebagainya.
Ketahui lebih lanjut mengenai Huawei MateBook 14 yang berjaya menjadi pilihan ramai berdasarkan harganya yang mampu milik.
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
HUAWEI FreeBuds Studio, Fon Kepala Penuh Penggayaan Dengan Pembatalan Hingar Aktif