Sebuah lagi pencapaian terbaru buat Huawei setelah smartphone terbaru mereka iaitu Huawei Honor 7x berjaya mendapat sambutan hangat pada hari pertama jualan melalui laman jualan atas talian Vmall.

Rekod penjualan tertinggi Huawei Honor 7x ini sekaligus berjaya memadam rekod Huawei Honor 3C tiga tahunn yang lalu.

honor 7x Best Selling Model on Vmall

Melalui model Honor 7x, Huawei mensasarkan Honor 7x buat mereka yang mahukan prestasi terbaik khusus buat mereka yang gemar bermain game. Dari segi spesifikasi, Honor 7x disertakan dengan processor Kirin 659 octa-core serta RAM 4 GB.

Lebih menarik, dengan harga RM1,099 sahaja pengguna berpeluang mendapatkan sebuah smartphone dengan ciri seakan smartphone flagship yang disertakan dengan skrin bezelless serta dwi-kamera 16-megapixel. Rekaannya juga boleh dikatakan agak premium.

honor 7X On sale December 22

Buat anda yang mahu mendapatkan Huawei Honor 7x, anda boleh dapatkannya seawal 22 Disember 2017 iaitu esok dengan harga RM1,099 sahaja. Khas buat pembeli terawal, anda juga turut berpeluang mendapatkan casing eksklusif daripada Lords Mobile. Anda boleh klik di sini untuk ke laman jualan Huawei Honor 7x.