Bulan ini dilihat sangat rancak dengan pengenalan peranti  baharu untuk pasaran Malaysia. Huawei kini melancarkan peranti flagship terbaharu mereka yang dinamakan P60 Pro pada kali ini.

Model ini hadir dengan pelbagai kemas kini lebih-lebih lagi pada bahagian kameranya. Anda boleh menjangkakan pengalaman fotografi yang menakjubkan pada siri kali ini. Mari kita ketahui serba ringkas berkaitan spesifikasi P60 Pro kali ini.

Baca Juga:

Huawei P60 Pro

Sumber Gambar: Huawei

Huawei P60 Pro dilengkapi dengan skrin melengkung sebesar 6.67-inci OLED FHD+ dengan refresh rate 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 tanpa 5G bersama gabungan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.

Sumber Gambar: Huawei

Sistem tri-kamera digunakan pada tahun ini yang merangkumi 48MP f/1.4~f/4.0 dengan OIS, 48MP telefoto f/2.1 dengan OIS dan 13MP ultra sudut lebar f/2.2. Kemampuan zum optikal hingga 5X dan zum digital 100X disokong, selain turut menggunakan sistem kamera XMAGE yang menggantikan sistem Leica sebelum ini.

Sumber Gambar: CHIP

Kapasiti bateri pula sebesar 4815mAh yang juga boleh dicas semula dengan sistem pengecasan pantas berwayar 88W dan secara wireless 50W. Ciri lain yang disertakan juga termasuklah NFC, Bluetooth 5.2 dan penarafan perlindungan air IP68.

Harga

Bagi anda yang berminat, Huawei P60 Pro sedia dijual dengan harga bermula RM4,699 untuk varian(8GB/25GB) dan RM5,499 untuk varian (12GB/512GB)yang boleh didapati dalam dua piliha warna seperti Rococo Pearl atau Black.

Anda boleh membuat pra-tempahan menerusi laman web rasmi Huawei, Shopee atau Lazada.

Sumber