Kecoh baru-baru ini apabila Ustaz Azhar Idrus dilaporkan tidak dapat menyampaikan ceramah di sebuah masjid di Selangor serta terpaksa berpindah ke sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Situasi yang berlaku sekaligus telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen yang mengaitkannya dengan pelbagai keadaan sehingga Ustaz Azhar Idrus terpaksa tampil menjelaskan pertikaian yang berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sementara itu, tular sebuah soal jawab melibatkan Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini apabila beliau menjawab soal hukum mengecas telefon pintar dalam masjid.

Sumber: kosmo digital

Menurut Ustaz Azhar Idrus, perbutan mengecas telefon pintar dalam masjid adalah haram kerana kebanyakan barangan di masjid adalah diwakafkan.

“Jika kita yang bayar bil elektrik masjid, kita boleh cas telefon. Contohnya, bayar RM2,000 setiap bulan. Tetapi kalau orang lain yang bayarkan, tidak boleh.

“Melainkan ada soket disediakan khas ditulis sebagai wakaf cas telefon percuma. Kerana harta itu dikira harta sabil atau wakaf.

“Paling kerap buat dosa, apabila ahli jawatankuasa masjid bawa barang-barang masjid balik rumah. Contohnya pinjam karpet, bawa balik sebab anak ingin kahwin,” jelasnya.

Tambah Ustaz Azhar Idrus, menurut riwayat Imam Nawawi, haram hukumnya jika orang ramai mengambil wuduk di mesin penapis air di masjid kerana telah diwakafkan untuk diminum sahaja.

Sumber