Kejadian kurang menyenangkan dialami guru Pendidikan Agama Islam, Akbar Sarosa setelah dia dilaporkan kepada polis oleh salah seorang ibu bapa pelajarnya, lapor Tribunnews.

Alasan ibu bapa melaporkan Akbar, guru di SMK Negeri 1 Taliwang, Sumbawa Barat, Indonesia adalah kerana tidak boleh menerima anak mereka dihukum kerana tidak hadir solat berjemaah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kejadian ini menjadi tular di Indonesia bukan sahaja disebabkan kelakuan ibu bapa tersebut, tetapi guru itu juga diugut ibu bapa pelajar berkenaan dengan saman sebanyak IDR 50 juta (RM15,000).

“Encik Akbar dilaporkan oleh ibu bapa kerana anaknya dihukum kerana tidak mahu disuruh solat, semoga En Akbar mendapat keadilan,” tulis akaun TikTok @deni_ali28.

Akaun TikTok terbabit turut meminta sokongan dan doa daripada netizen agar rakan gurunya mendapat keadilan.

“Perbicaraan ditangguhkan sehingga minggu depan, dalam kes Encik Akbar, yang disaman 50 juta oleh ibu bapa pelajar itu kerana anaknya dihukum kerana tidak mahu solat zohor,” tulis akaun itu.

Berdasarkan keterangan Akbar Sarosa, beliau pada mulanya meminta pelajarnya solat berjemaah apabila masuk waktu solat zohor.

Namun, terdapat tiga orang pelajar yang mengendahkan arahannya untuk solat berjemaah. Maka Akbar cuba menegur, tetapi dia tidak dilayan oleh pelajar terbabit.

Akhirnya ketiga-tiga pelajar itu dihukum dengan memukul tapak tangan dan bahu.

Bagaimanapun, selepas pulang ke rumah, mereka mengadu kepada ibu bapa mereka yang akhirnya melaporkannya kepada polis.

Sumber