Pemilik kenderaan dari Singapura akan dikenakan hukuman sekiranya gagal mengaktifkan Permit Masuk Kenderaan (VEP) bermula 1 Julai ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kenderaan persendirian yang tidak mendaftar VEP akan disaman dan mereka wajib membayar sebelum keluar dari Malaysia.

Baca Juga:

Hukuman Untuk Kenderaan Singapura

Singapura

“Bagi kenderaan persendirian syarikat yang masih belum mendaftar VEP akan diberi notis peringatan dan dibenarkan keluar dari negara ini.

“Kenderaan persendirian ini sudah diberikan tempoh beberapa bulan untuk melakukan prapendaftaran dan sekiranya gagal akan berdepan saman.

“Kenderaan yang gagal membayar saman akan disekat keluar dan perlu membayar secara fizikal di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau kaunter secara tanpa tunai,” katanya dipetik dari laporan Harian Metro.

Penguatkuasaan VEP di Pintu Sempadan Darat Malaysia-Singapura ini sudah dilaksanakan bermula 1 Oktober 2024.

Langkah yang dijalankan secara berfasa dengan kaedah advokasi iaitu mengeluarkan notis peringatan kenderaan Singapura yang belum membuat pendaftaran VEP.