Sebut mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali sebagai PTPTN pasti ramai yang mengetahui mengenai kemudahan pinjaman pendidikan yang disediakan.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir individu yang ‘mengambil kesempatan’ atas kemudahan yang disediakan tersebut.

Namun tidak bagi pelakon, Puteri Sarah Liyana. Sedar akan kepentingan pendidikan untuk generasi akan datang, beliau memilih untuk tidak culas membayar balik pinjaman PTPTN dengan segera tanpa sebarang tunggakan,
lapor Harian Metro.

PTPTN

Puteri Sarah telah mengikuti pengajian peringkat diploma dalam Pengurusan Hotel di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Sebaik sahaja memulakan pekerjaan, Puteri Sarah Liyana terus memilih untuk segera melangsaikan pembayaran sebanyak RM15,000.

“Sebaik tamat pengajian dan mula bekerja, saya mula membuat pembayaran. Kini, semuanya sudah selesai dan saya juga bersyukur kerana tiada sebarang tunggakan.”

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab setiap peminjam untuk melunaskan hutang mereka agar generasi seterusnya juga dapat menikmati kemudahan pinjaman pendidikan.

“Pinjaman atau hutang wajib dibayar. Ia adalah tanggungjawab kita. Ia juga adil untuk semua peminjam dan sekiranya kita tidak membuat pembayaran, ia akan memberi kesan kepada pelajar generasi akan datang. Lebih-lebih lagi untuk pelajar kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian.”

Jangan salah guna pinjaman, bijak urus kewangan!

PTPTN

Puteri Sarah turut menekankan kepentingan menguruskan pinjaman PTPTN dengan bijak dan tidak membazir kepada perkara yang tidak perlu.

“Ada segelintir yang menyalahgunakan pinjaman PTPTN dengan membeli telefon, motosikal dan makanan di restoran mahal.”

Menurutnya, pelajar harus mengutamakan keperluan pengajian supaya tidak terbeban dengan hutang selepas tamat belajar.

“Pinjaman PTPTN ini untuk pelajar gunakan dengan sebaik mungkin untuk pengajian mereka. Kalau boleh, tolong buat pembayaran pinjaman seperti ditetapkan selepas selesai pengajian. Sekarang mudah nak buat rundingan dan bayar ikut kemampuan. Saya lihat pelbagai saluran perkhidmatan PTPTN sediakan.”

Bersyukur dengan bantuan PTPTN

PTPTN

Pada masa sama, Puteri Sarah turut mengucapkan terima kasih kepada PTPTN kerana banyak membantu pelajar yang mahu menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi tetapi tidak berkemampuan.

“Dengan adanya PTPTN, ia diharap dapat meringankan beban pelajar dan keluarga mereka.”

Beliau berharap lebih ramai pelajar sedar akan tanggungjawab mereka sebagai peminjam dan tidak mengabaikan kewajipan untuk membuat bayaran balik hutang supaya sistem pinjaman ini dapat terus membantu pelajar generasi akan datang.

Mudah sahaja untuk bayar balik, jangan bertangguh!

PTPTN

Puteri Sarah juga menyarankan peminjam untuk memanfaatkan kemudahan bayaran balik yang semakin fleksibel sekarang.

“Jadi jangan sebab kita buat tak tahu dan tiada tanggungjawab, pelajar lain tidak dapat bantuan pula.”

Jadi, buat korang yang ada pinjaman PTPTN, jangan lengah-lengahkan bayaran balik pinjaman. Mulakan langkah kecil, bayar ikut kemampuan dan pastikan generasi akan datang turut mendapat peluang pendidikan yang sama!

Sumber