Hyundai telah mengubah kereta sedan Sonata dengan rupa baharu yang sejajar dengan reka bentuk terkini pada model-model lain seperti crossover Kona, van Staria dan sedan Grandeur.

Pada bahagian hadapan Hyundai meletakkan lampu LED lebar penuh dengan rekaan gril serta lampu hadapan yang lebih baharu. Di bahagian belakang pula lampu belakang turut menggunakan LED lebar penuh dan fasia bahagian bawah kelihatan lebih agresif. Rekaan baharu ini nampak lebih moden dan sporty berbanding model Sonata 2020.

Baca Juga:

Hyundai Sonata 2024 ‘Standard’ | Sumber Gambar: Hyundai
Hyundai Sonata 2024 ‘N Line’ | Sumber Gambar: Hyundai
Hyunda Sonata 2024 ‘Standard’ | Sumber Gambar: Hyundai
Hyundai Sonata 2024 ‘N Line’ | Sumber Gambar: Hyundai

Bahagian interior pula mempunyai dua skrin besar 12.3 inci (digital kluster instrumen dan skrin infotainmen) yang kini ditempatkan dalam satu paparan melengkung.

Sebahagian komponen dashboard tertentu seperti ‘kawalan iklim’ juga disusun semula dan material yang digunakan untuk bahagian interior nampak lebih premium berbanding model terdahulu.

Stereng juga menerima rekaan baharu dan kedudukan gear dipindahkan sebaris stereng untuk mengosongkan ruang di konsol tengah.

Sumber Gambar: Hyundai
Sumber Gambar: Hyundai

Tambah Hyundai lagi, perubahan pada bahagian interior disifatkan sebagai penambahbaikkan pengalaman penumpang yang lebih baik dengan kombinasi warna dalaman yang menarik untuk meningkatkan rasa sporty dan karakter premium secara serentak.

Rekaan serba baharu ini akan tersedia untuk varian ‘standard’ dan ‘N Line’. Maklumat spesifikasi penuh akan didedahkan semasa pelancaran global pada 30 Mac nanti.

Menurut sumber Carscoops, semua model Hyundai Sonata 2024 bakal dilengkapi dengan enjin 2.5 liter 4-silinder turbocharged yang menggantikan enjin 1.6 liter yang digunakan pada beberapa pasaran dunia.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.