Pengurus baharu Swindon Town, Ian Holloway merasakan rentetan keputusan buruk dialami kelab tersebut sebelum ini mungkin disebabkan oleh pusat latihan pasukan yang dikatakan berhantu.
Selepas kapten Swindon, Ollie Clarke mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika berlatih di Beversbrook Sports and Community Facility pada minggu ini, Holloway berkata terdapat beberapa ‘perkara pelik’ telah berlaku.
Baca Juga:
- Manchester United Kelab Terbaik Di Dunia, Enjin Bola Sepak Dunia Dan EPL Kata Amorim
- Pengadil EPL Ini Digantung Selepas Gelar Liverpool ‘Sampah’
- Jose Mourinho Berminat Bimbing Kelab Bawahan EPL
Pengurus berusia 61 tahun itu menambah bahawa beliau akan meminta isterinya untuk ‘membersihkan kawasan tersebut’ kerana ia terletak berhampiran tapak perkuburan lama.
Holloway melihat keadaan itu yang menurut sesetengah orang akan membawa kepada nasib malang, secara kebetulan pasukannya pada ketika ini memang begitu ‘malang’ dalam saingan EFL League Two.
Hal ini kerana Swindon Town berada di kedudukan ke-22 daripada 25 pasukan dengan hanya dua kemenangan, tujuh keputusan seri dicatatkan dan mengalami tujuh kekalahan.
Kali terakhir anak buahnya menang dalam saingan liga adalah pada 12 Oktober lalu dimana mereka menang 3-2 ke atas Cheltenham.
Ini bermakna sejak Holloway mula membimbing pasukan pada 25 Oktober lalu, beliau belum pernah menikmati kemenangan dalam kempen liga dimana Swindon seri dua perlawanan bertemu Gillingham serta Accrington Stanley dan tewas kepada MK Dons 1-3.
“Saya benar-benar kecewa, jadi saya akan cuba untuk membersihkan kawasan latihan ini kerana ada orang yang memberitahu saya ia berhantu.”
“Ada sebuah tanah perkuburan di dekat situ. Serius, saya tidak bergurau,” ujar Holloway menurut sumber laporan Goal.
“Saya rasa kawasan latihan kami sangat dekat dengan tapak perkuburan lama, jadi saya akan minta isteri saya datang dan meminta maaf kepada semua roh di sini, dan harap-harap kita akan lebih bernasib baik.”