Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia ketika ini telah memaksa kita semua perlu sentiasa duduk di rumah bagi mengawal wabak tersebut. Anda yang ‘kaki travel’ pastinya tidak boleh bertahan jika terlalu lama terperap di rumah, betul bukan?
Bagi anda yang biasa menaiki pesawat, kami yakin rata-rata anda pastinya merindui suasana di lapangan terbang ataupun semasa dalam penerbangan pesawat. Adakah anda rindu dengan momen-momen tersebut?
Kerinduan akan susana itu terubat setelah Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini berkongsi satu video khas berdurasi 30 minit, rakaman ASMR suara serta suasana seperti berada di lapangan terbang dan semasa dalam penerbangan pesawat.
Video tersebut bertajuk ‘The Sounds of MH’ telah dimuat naik di saluran YouTube Malaysia Airlines pada 22 Jun yang lalu. Anda disarankan untuk mendengar rakaman audio ini menggunakan fon telinga.
Bagi anda yang kurang mesra dengan konsep ASMR, ia bermaksud Autonomous Sensory Meridian Response di mana rakaman audio jenis ini memerlukan penggunaan fon telinga untuk memberikan pengalaman yang lebih puas setiap kali kita mendengar suara atau kesan bunyi (audio effect) yang dirakamkan.
Berdasarkan perkongsian audio ASMR daripada MAS ini, kita boleh dengar suara serta kesan bunyi enjin pesawat dan riuh-rendah suasana di lapangan terbang yang diselang-seli dengan pengumuman-pengumuman penting seperti yang disampaikan oleh petugas-petugas di lapangan terbang.
Pastinya menggamit memori lebih-lebih jika anda mendengar audio ini menggunakan fon telinga sambil menutup mata dan membayangkan seolah-olah anda berada di lapangan terbang. Boleh berlinang air mata jika anda betul-betul menghayati audio ini.
Tidak dapat menjejakkan kaki ke lapangan terbang seperti dulu tidak mengapa, asalkan dapat mendengar audio ini pun sudah boleh mengubati kerinduan kita semua yang merindukan suasana di lapangan terbang. Berharap COVID-19 di seluruh dunia segera pulih agar kita semua bebas bergerak dan bercuti ke mana-mana sahaja seperti dulu.
Sukarelawan ini menjadi tumpuan orang ramai disebabkan cara beliau menyampaikan pengumuman seperti berada dalam penerbangan. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Pengumuman Seperti Dalam Penerbangan, Sukarelawan Pusat Vaksin Di Shah Alam Curi Tumpuan Ramai
Lelaki Ini Kongsi Keadaan Pantai Cenang Di Langkawi Yang Sunyi Tanpa Kehadiran Pelancong
Thailand Bercadang Mahu Buka Pintu Sempadan Sepenuhnya Dalam Tempoh 120 Hari Sahaja Lagi