Kemarahan, kekecewaan dan kesedihan mendorong ratusan penunjuk perasaan turun ke jalan-jalan di sekitar Minneapolis, Los Angeles dan St. Paul, Minn.
Setelah kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata, di mana pegawai polis yang bertanggungjawab menangkapnya dirakam menggunakan kekerasan terhadapnya dengan meletakkan lutut di leher mangsa. Dia kemudiannya dilaporkan mati ketika berada di dalam tahanan polis.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, demonstrasi di Minnesota telah berkembang dari jeritan damai untuk keadilan menjadi jeritan yang lebih bergema kepada keganasan dan kehancuran.
Minit akhir hidupnya Floyd telah dirakam dalam satu layaran rakaman yang tersebar luas di media sosial. Dalam semua versi video tersebut, Floyd kelihatan ditekan kuat ke tanah dengan lutut oleh seorang anggota polis, manakala seorang lagi pegawai polis hanya berdiri beberapa kaki melihat kejadian tersebut.
Pegawai yang menekan leher mangsa dan seorang lagi yang hanya memerhatikan sahaja kejadian tersebut, tampak tidak terpengaruh ketika tangisan lelaki berusia 46 tahun itu mula meronta-ronta minta dilepaskan sambil berkata, “Saya tidak dapat bernafas.”
Orang ramai ternyata marah dengan kejadian tersebut telah memilih jalan raya untuk menyampaikan rasa marah. Mereka telah menjarah setiap banggunan perniagaan dan membakar balai polis. Sementara itu, mereka ditentang oleh sekumpulan pihak berkuasa undang-undang dengan gas pemedih mata.
Pergolakan itu mendorong Minnesota Gov Tim Walz untuk memanggil Pengawal Nasional pada hari Khamis lalu bagi mengawal keadaan. “Ini adalah bagaimana kita meluahkan rasa sakit, memprotes tragedi dan membuat perubahan,” katanya mengenai tindakan membantah.
Tetapi dia menyatakan bahawa pentingnya seruan pemimpin tempatan “untuk melindungi para demonstran, jiran dan perniagaan kecil di Minnesota.”
“Sudah waktunya untuk membangun kembali. Membangun kembali kota, membangun kembali sistem keadilan kita dan membangun kembali hubungan antara penegak hukum dan mereka yang ditugaskan untuk melindungi,” tambah Walz.
Peguam Peggy Flanagan menambah bahawa tujuan Pengawal Nasional adalah untuk memastikan demonstrasi yang selamat dan melindungi perniagaan kecil yang berada di tengah-tengah jalanan tempat mereka menyuarakan ketidakadilan.
“Kemarahan dan kesedihan saat ini tidak tertahan. Orang-orang layak untuk dilihat. Orang-orang layak untuk didengar. Orang-orang layak untuk selamat,” kata Flanagan.
“Walaupun banyak warga Minnesotan mengambil langkah keselamatan yang ekstensif ketika menggunakan hak mereka untuk memprotes, demonstrasi malam tadi menjadi sangat tidak selamat bagi semua yang terlibat,” tambahnya.
Untuk rekod, pegawai polis yang bertanggungjawab membunuh Floyd tersebut telah didakwa dengan pembunuhan tahap ketiga yang lebih rendah. Ia bermaksud bahawa tindakan yang menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan sesuatu yang sangat berbahaya bagi orang lain tanpa niat untuk membunuh.
Jika didapati bersalah, pegawai polis tersebut bakal dihukum tidak lebih dari 25 tahun penjara atau denda tidak lebih dari $ 40,000, atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, rakyat AS telah turun untuk menyuarakan ketidakpuasan hati apabila dipaksa untuk kuarantin bagi mencegah COVID-19, klik pautan di bawah untuk membaca.
Mahu Gunting Rambut Dan Melepak Antara Sebab Rakyat AS Tolak Kuarantin Di Rumah
Pemimpin Demo Anti-Lockdown Di Amerika Syarikat Dijangkiti COVID-19