Kita sedia maklum jalan Felda Aring sangat famous digunakan oleh orang ramai untuk menuju ke Tasik Kenyir. Tetapi ia telah ditutup pada bulan Januari yang lalu kerana keadaannya semakin teruk akibat hujan lebat.
Pada awal minggu ini tular satu rakaman video dashcam menunjukkan sebuah kenderaan melalui jalan tersebut setelah penghalang konkrit dialihkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
Melalui rakaman video itu, kita boleh lihat jalan tersebut sudah semakin teruk dan memang tidak sesuai untuk digunakan oleh orang ramai.
Sebelum jalan ini ditutup kerana tanah runtuh lagi jalan ini memang sudah sedia agak bahaya untuk digunakan kerana laluannya yang berliku dan permukaan jalan yang rosak teruk akibat dilalui pelbagai jenis kenderaan berat termasuk treler lebih muatan yang membawa bijih besi.
Hasil carian di Facebook, kami dapati sudah ada beberapa kes kemalangan telah terjadi di laluan Felda Aring – Tasik Kenyir ini bukan sahaja melibatkan orang Malaysia, bahkan melibatkan penduduk dari negara jiran, Singapura.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak melalui laluan ini buat sementara waktu demi keselamatan diri anda sendiri. Jika anda nampak jalan-jalan lain turut mempunyai papan tanda atau penghalang konkrit, janganlah anda cuba-cuba untuk melalui jalan tersebut kerana anda tidak terfikir risiko yang menanti anda.
Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket melalui pautan di bawah.
Baru Beli Kereta ‘Cash’, Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis
Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah