Boleh dikatakan kerjaya streamer sudah menjadi lubuk orang ramai kerana sangat gajinya yang sangat lumayan. Namun ada segelintir individu yang didapati sanggup mengabaikan tanggungjawab hakiki yang dipikul oleh mereka.

Begitulah kisahnya menerusi satu luahan tanpa nama di Twitter,  yang mana membabitkan seorang individu yang menceritakan bagaimana keluarga kakaknya musnah kerana sifat tidak endah dan lepas tangan selepas ketagih bermain sebuah games online.

Baca Juga:

Difahamkan kakak mangsa telah terjebak dengan permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terus ketagih terhadap permainan PUGB sejak itu.

Perniagaan yang dimiliki juga musnah dan kereta mewah tergadai hanya kerana mahu menfokuskan kepada games tersebut. Bahkan, anak seramai enam orang perlu dijaga oleh ibu bapa mangsa kerana sudah sampai tahap terabai.

Lebih mendukacitakan lagi, apabila si kakak dikatakan tidak berlembut untuk menerima sebarang nasihat dan mempunyai ego tersendiri.

Apabila ditegur, kakaknya mengatakan ia hanyalah konten dan mahu mencari duit. Katanya lagi kalau buat live TikTok secara konsisten boleh mendatangkan hasil menerusi gift. Walau bagaimanapun realitinya gift yang diterima tidaklah terlalu besar jika anda seorang yang tidak terkenal.

Malahan, suami yang menegur akan tindakan itu turut menjurus kepada pergaduhan dan bergelut di depan anak-anak sehingga menjadi trauma. Kini anak-anaknya telah pun dijaga oleh ibu bapa mereka untuk memastikan keperluan kehidupan seharian terjamin.

Jauh sudut di hati, individu berkenaan sangat berharap agar kakaknya dapat berubah dan kembali ke pangkal jalan. Beliau juga meminta orang ramai untuk menjadikan ia sebagai pengajaran dan jangan sesekali terjebak dengan games jika tidak boleh mengawal nafsu dan membahagikan masa.