Semalam tular cerita mengenai kubur Allahyarham Nurly Sahirah Azman dipasang tali penghadang di kelilingnya selepas didapati berlaku perkara menyalahi syarak agama.

Ibu kepada Allahyarham meminta orang ramai yang menziarahi pusara anaknya supaya menjaga adab dengan tidak melakukan perbuatan syirik dan khurafat, petik Berita Harian.

Baca Juga:

“Kami letak tali itu sebab ada yang datang ambil tanah dan cium batu nisan. Saya nasihatkan orang ramai yang datang jagalah adab ketika berada di kubur dan elakkan perbuatan syirik dan khurafat,” katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Gong Pasir, Kerandang, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pihak keluarga juga memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengangkat dan mengusik naskhah al-Quran lengkap tulisan tangan Allahyarham Nurly Sahirah yang diletakkan di pekarangan rumah bagi mengelakkan daripada koyak dan sebagainya.

“Saya jaga supaya tidak ada yang datang membelek helaiannya, selain ada sebahagian orang pula datang serta cium al-Quran ini, jadi saya bimbang tulisannya terjejas dan tanggal. Ini sahaja kenangan yang saya ada,” katanya.