Rekaan vape yang menyerupai pen marker, gam uhu dan pensil 2B telah menjadi pilihan pelajar yang mahu mengaburi mata cikgu di sekolah.

Pada hari ini semakin ramai pelajar yang terjebak dengan menghisap vape dan membawanya ke mana sahaja.

Rekaan yang dianggap kreatif ini telah disalahguna. Membuatkan netizen menganggap rekaan tersebut sebagai rekaan yang membantu merosakkan anak bangsa dan pelajar pelajar sekolah.

Ada juga yang mengingatkan ibu bapa dan guru menerusi kumpulan WhatsApp, tindakan pengusaha vape yang menjual vape dengan rekaan sedemikian.

Ibu Bapa Dan Guru Diminta Lebih Peka Dengan Rekaan Terbaru Vape Yang Boleh Menghancurkan Pelajar

Guru dan ibu bapa bimbang dengan rekaan tersebut yang dianggap mampu menarik perhatian pelajar untuk membelinya.

Selain itu ia juga dikhuatiri akan menarik lebih ramai golongan penghisap vape yang baharu dari kalangan pelajar.

Perkara ini juga turut dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memuat naik hantaran di X. Di mana jabatan tersebut meminta ibu bapa dan  guru agar lebih peka dengan rekaan vape yang menyerupai pen marker, gam UHU dan juga pensil 2B itu.

Trend menghisap vape di kalangan pelajar memang semakin meresahkan. Sebelum ini terdapat pelajar yang sawan dan dikejarkan ke hospital kerana menghisap vape mushroom.

Ada juga yang mengalami halusinasi dan bercakap seorang diri kerana kesan daripada magic mushroom.

Oleh sebab itu ramai netizen menggesa kerajaan mengetatkan lagi peraturan tentang rokok elektronik ini.