Seorang ibu meluahkan rasa kecewa selepas anaknya menjadi sasaran pelbagai komen di media sosial apabila ada pihak membuat andaian bahawa anak remaja dalam video yang tular sedang mengagungkan budaya asing.

Mereka mengecam dua remaja tersebut sebagai terlalu terpengaruh dengan budaya kulit hitam, yang dipercayai dipengaruhi daripada elemen seperti muzik hip hop.

Selain itu ada yang komen: “Perangai apa la N*gga wannabe ni buat? Nak panggil apa? Migga [Melayu berlagak kulit hitam]?”

Ada juga yang mengutuk paras rupa dan gaya rambut mereka.

Warga asing
Foto: Plan B SG

Perkara itu mendapat perhatian daripada ibu remaja tersebut, Puan Swa Moise. Menurutnya, remaja berbaju biru ialah anaknya, Rayyan Haifey Swa Moise, yang mempunyai darah kacukan Singapura dan Cameroon.

Bapanya berasal dari Cameroon serta merupakan bekas pemain pertahanan Singapore Young Lions.

Ibunya turut menjelaskan bahawa remaja berbaju hitam ialah Jed, anak kepada rakan baiknya, Lisa Forza, yang mempunyai darah kacukan Nigeria.

Jadi, tiada istilah anak-anak mereka sedang mengagungkan budaya kulit hitam sedangkan mereka sendiri memang ada darah kacukan kulit hitam, Melayu-Afrika.

Puan Swa Moise berkata: “Sebelum kamu semua bercakap tanpa mengetahui fakta sebenar. Itulah anak saya yang berbaju biru, Rayyan Haifey Swa Moise.

Bapanya berasal dari Cameroon dan merupakan bekas pemain pertahanan Singapore Young Lions.

“Budak berbaju hitam pula ialah Jed, anak kepada rakan baik saya, Lisa Forza. Bapanya berasal dari Nigeria.

“Mereka berdua hanyalah budak-budak yang berdarah kacukan yang sedang bergembira dan menikmati zaman kanak-kanak mereka.

“Sementara itu, saya hanya duduk berehat sambil membaca semua komen kamu. Teruskan jadikannya lebih menarik!

“Get the facts bruh…”

'Get The Fact Bruh...' Di Singapura, Ibu Kecewa Anaknya Dituduh Budak Melayu Agungkan Budaya Kulit Hitam

Perkongsiannya ibunya remaja itu turut mendapat perhatian ramai dengan sebahagian netizen tampil mempertahankan kedua-dua remaja tersebut dan mengingatkan bahawa rakyat Singapura terdiri daripada pelbagai latar belakang serta kaum, termasuk mereka yang mempunyai darah kacukan.

Dan netizen terhibur dengan gelagat dua remaja tersebut yang menyanyi lagu loghat Kelantan sambil menari dalam video tersebut.

@01fhm

Koolaid pineapple delivery

♬ original sound – Faisal Marican – Faisal Marican