Rancangan realiti Running Man merupakan antara rancangan dari Korea Selatan yang terkenal di Malaysia. Sebelum ini, Lee Kwang Soo telah mengumumkan pengunduran dirinya daripada rancangan tersebut selepas 11 tahun disebabkan kecederaan yang dialaminya.
Dalam episod terbaharu Running Man yang bersiaran semalam, babak dimana Ji Seok Jin bertanya kepada Song Ji Hyo dan tetamu jemputan, Lee Young Ji menjadi perhatian. Mana tidaknya, Ji Seok Jin menanyakan apakah ibu kota Malaysia dan mereka memberikan beberapa jawapan yang salah.
@nsh._.a HELPPP this is sooooo funny i can’t 😂😂😂😂 jihyo ah 😂😂😂 youngji ah 😂😂😂 #runningman #varietyshow #songjihyo #yoojaesuk #jeeseokjin #leeyoungji
Lebih menarik perhatian apabila Song Ji Hyo menjawab dengan penuh yakin bahawa ibu kota Malaysia adalah Manila. Babak tersebut meraih perhatian netizen terutama sekali peminat di Malaysia.
Melihat tinjauan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan jawapan diberikan Lee Young Ji dan Song Ji Hyo. Ini bukan pertama kali Song Ji Hyo silap mengingat tempat dan negara, maka netizen sudah terbiasa.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mempersoalkan secara berjenaka bahawa sama ada keyakinan Song Ji Hyo itu dibeli di Shopee. Rata-rata netizen mengatakan episod semalam antara yang kelakar dan menghiburkan.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Running Man pada pautan di bawah ini.
Peminat Sebak Dan Sedih Tonton Sedutan Episod Terakhir Lee Kwang Soo Dalam Running Man
Selepas BlackPink, Running Man Pula ‘Diserang’ Netizen Dari China
Selepas 11 Tahun, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man Buat Para Peminat Sedih