Ibu kepada penyanyi terkenal Virgoun meminta bekas menantunya, Inara Rusli agar kembali semula ke pangkuan anaknya.

Sebelum ini Virgoun disabitkan dengan kesalahan barang terlarang. Dan menurut Eva Manurung, salah satu sebabnya adalah kerana Virgoun benar benar tertekan dengan masalah rumah tangganya.

Lantas Eva mahukan Inara Rusli kembali semula ke pangkuan anaknya untuk membantu Virgoun memulihkan semula dirinya.

Pendapat bekas emak mertuanya itu tidak dipersetujui oleh Inara Rusli yang mendedahkan bahawa sebenarnya Virgoun sudah melafazkan cerai talak tiga ke atasnya.

Itu yang membuatkan Inara menegaskan situasi ini benar benar rumit. Ini ditambah dengan hati Inara sendiri yang menyatakan bahawa dia tidak mahu rujuk kembali dengan suami yang bermasalah dengan dadah itu.

Inara menambah: “Kalau mengikut hukum agama tidak boleh rujuk lagi, dia sudah melafazkan talak tiga secara lisan. Kecuali saya bernikah dahulu.

“Dan daripada saya sendiri, memang saya tidak mahu rujuk.”

Beberapa tahun lalu, Virgoun pernah curang dengan Inara Rusli bersama dengan beberapa wanita. Virgoun dituduh melanggan khidmat persundalan di belakang isterinya.

Tetapi pada satu ketika kedua duanya berbaik semula dan kedua duanya telah membuat satu perjanjian bertulis bahawa Virgoun tidak akan mengulangi perbuatannya.

Malangnya janji itu dilanggar oleh Virgoun. Yang membuatkan rumah tangga mereka pecah dengan Virgoun melafazkan talak tiga ke atas Inara Rusli.

Setahun selepas perceraian dengan Inara Rusli, penyanyi ‘Surat Cinta Untuk Starla’ itu kemudian ditangkap kerana barang terlarang.

Virgoun kini menjadi antara artis paling bermasalah di Indonesia. Membuatkan Inara Rusli sudah tidak percayakan bekas suaminya itu lagi.