Kebiasaannya ruang makan terletak bersebelahan dengan ruang tamu atau dapur. Nak buat kelainan sedikit, apa kata tempatkan ruang makan anda bersebelahan dengan taman mini ataupun berkompromi dengan elemen kehijauan. Pastinya ia menarik bukan sahaja buat anda tetapi juga tetamu yang hadir ke rumah anda.
Bagi menambah fungsi ruang, digalakkan anda menanam pokok yang renek atau pokok yang boleh dimakan hasilnya kerana anda boleh menanamnya di dalam pasu dan mudah dijaga. Bagi pokok bersaiz agak besar anda memerlukan ruang tanah yang lebih besar dan juga penjagaan yang lebih rapi.
Berikut ialah contoh idea ruang makan di tepi taman yang menarik untuk dijadikan sebahagian daripada rumah anda. Ada di antara contoh ini tidak memerlukan anda mempunyai ruang atau tanah di tepi ruang makan. Moga idea-idea ini menambahkan keceriaan ruang makan anda.











