Kecoh baru-baru ini apabila tular mengenai seorang anggota polis yang didakwa meminta meminta wang daripada pelancong pasangan warga United Kingdom (UK) yang juga pempengaruh media sosial bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, beliau turut mengakui pasangan terbabit memberikan kerjasama apabila sudah berhubung dengan polis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenainya akan dikemukakan menerusi siaran media dalam waktu terdekat.

“Sudah (kenal pasti). Nanti saya berikan siaran media,” katanya ringkas sewaktu dihubungi, pagi ini.

Mohd Yusri ditanya pengesahan berhubung hantaran pasangan pelancong dari UK yang dikenali sebagai ‘UK Van Lifers’ itu di X, waktu tempatan malam tadi, yang menyatakan mereka sudah berhubung dengan polis Malaysia dan sedia memberikan kerjasama terhadap siasatan kes itu.

Pagi semalam, Mohd Yusri dilapor berkata Polis Perak sedang menunggu arahan Bukit Aman bagi siasatan lanjut kes itu dengan ia sudah dirujuk kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, selain menyatakan bahawa identiti anggota polis terbabit sedang dikenal pasti.

Ia termasuk keperluan bagi menentukan terlebih dahulu di kawasan mana sebenarnya kejadian itu berlaku sama ada, dalam Perak

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kejadian itu tular apabila perbuatan anggota polis itu yang kononnya menawarkan ‘diskaun’ saman trafik daripada RM300 kepada RM100 sekiranya dibayar kepadanya tanpa perlu ke balai polis.

Sumber