Penasihat kepada Perdana Menteri untuk Program Transformasi Nasional, dan ketua Performance Management & Delivery Unit (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala, 58 telah dilantik sebagai co-chairman dan independent director Sunway Bhd, kumpulan pembangunan hartanah dan pembinaan.
Sebelum ini beliau pernah menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri dari September 2009 hingga September 2015 dan ahli lembaga pengarah beberapa organisasi seperti Talent Corp Malaysia Bhd, Malaysia Petroleum Resources Corp, Jeffrey Cheah Foundation, Big Fast Results Institute dan Heineken Malaysia Bhd.
Dalam laman sesawang Universiti Oxford, beliau ditulis sebagai seorang yang “mampu mempertingkatkan prestasi syarikat dengan kaedah keputusan cepat yang besar (big fast results methodology) dan strategi transformasi yang inovatif, ketat dan relevan dengan permintaan masa kini.”
Beliau juga disenaraikan oleh Bloomberg Markets dalam 50 Most Influential List sebagai salah seorang yang menggerakkan pasaran atau pembentuk idea dan polisi. Bersesuaian dengan dirinya yang pernah menjadi Ahli Majlis Agenda Global Forum Ekonomi Dunia dan Panel Pakar Penasihat Bank Dunia.
Menurut pengumuman Sunway di Bursa Malaysia semalam, perlantikan Datuk Seri Idris Jala ini berkuatkuasa serta-merta.