Anak syarikat IGB Bhd, Bintang Sentral Sdn Bhd (BSSB), akan membeli dua lot tanah pegangan bebas seluas 9.83 hektar di Bandar Meru Raya, Perak, dengan harga RM43.65 juta.
Pengambilalihan tanah ini adalah bersyarat. Ia memerlukan kelulusan pemindahan hak milik kepada BSSB daripada Kementerian Ekonomi dan agensi negeri, yang dijangka selesai dalam tempoh enam bulan selepas tarikh perjanjian jual beli dipetik dari Berita Harian.
“Melainkan timbul keadaan yang tidak dijangka, pengambilalihan itu dijangka selesai pada separuh kedua 2026,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut IGB, pembelian tapak di Perak ini bertujuan meningkatkan kehadiran mereka di negeri itu, membolehkan syarikat meraih manfaat daripada pertumbuhan masa depan.
Lokasi tersebut dikenal pasti sebagai sangat ideal untuk pembangunan bercampur komersial, bersesuaian dengan kepakaran teras IGB.
“Tapak itu, yang sebelum ini diduduki oleh Movie Animation Park Studios, sangat berfaedah kerana ia sudah mempunyai infrastruktur sokongan di tempatnya.
“Petak tanah itu terletak secara strategik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), menawarkan pemandangan hadapan yang menonjol dari lebuh raya, ketersambungan yang baik ke Plaza Tol Ipoh Utara dan akses mudah untuk penumpang,” ujarnya.