Di saat negara dalam tempoh diserang wabak COVID-19, petugas di hospital antara hero yang diperlukan dalam menangani wabak ini daripada terus tersebar serta merawat pesakit yang disahkan positif COVID-19. Usaha besar mereka sememangnya tidak terbalas melihatkan penat lelah mereka berjuang setiap hari.
Tidak cukup dengan bantuan rawatan, Institut Jantung Negara baru-baru ini telah mengumumkan servis penghantaran ubat-ubatan kepada para pesakit sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menurut IJN, langkah ini dibuat dalam memastikan para pesakit tidak perlu ke hospital sekaligus mengurangkan risiko para pesakit terpalit dengan sebarang penyakit atau wabak yang berisiko memberi kesan kepada sistem pernafasan.
Selain itu, langkah ini secara tidak langsung mampu mengurangkan waktu menunggu pesakit yang memerlukan rawatan di IJN. Sememangnya usaha yang bernas dan hebat daripada pihak IJN dalam memastikan kesihatan para pesakit terjaga.
Ikuti juga pengalaman pekerja ‘offshore’ ini yang disahkan COVID-19 selepas dua kali ujian. Turut dikongsikan mengapa angka kematian wabak COVID-19 di Itali paling banyak ketika ini.
Pekerja ‘Offshore’ Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif COVID-19 Selepas Dua Kali Ujian
Kenapa Angka Kematian Wabak COVID-19 Di Itali Paling Banyak Ketika Ini