Lima lelaki penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu kereta sehingga mati selepas kemalangan, di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, Selangor, minggu lalu.

Kesemua mereka dituduh membunuh seorang lelaki, Shahril Samad, 41 tahun, di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang di sini pda jam 9.54 malam, 20 Februari lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tertuduh, Mahazir Nordin,43, Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri,41, Syamdul Qamar Ayob,40, Azharul Azuan Mohd Azan,34, Tengku Izham Tengku Hamid,22,  hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.

Sumber Gambar: Sadiq Sani / Harian Metro

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sekiranya tiada hukuman mati, hendaklah disebat sebanyk 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman dan  semua tertuduh diwakili peguam, Mohd Hafiz.

Tiada jaminan ditawarkan  kepada kelima-lima tertuduh dan mahkamah menetapkan 25 April depan untuk serahan status foremsik, laporan kimia dan bedah siasat.

Terdahulu, mangsa dikejar orang awam selepas terlibat kemalangan dengan penghantar makanan.

Apabila tiba di Taman Pelangi Semenyih 2, kereta dipandu mangsa terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Mangsa kemudian ditarik keluar dan diikat sebelum dia dipukul orang ramai.