IKEA Malaysia mengumumkan semua cawangan di Lembah Klang akan ditutup awal pada 26 Februari, Rabu ini.
Menerusi hantaran Facebook IKEA Malaysia, operasi mereka ditutup awal pada jam 6 petang bagi meraikan kesemua tenaga kerja mereka.
Baca Juga:
- IKEA Seluruh Malaysia Akan Tutup Selama Sehari Pada Akhir Bulan Ini
- IKEA Damansara Ditutup Hari Ini Selepas Pekerja Sambilan Disyaki Positif COVID-19
- IKEA Malaysia Perkenalkan Bebola Daging Yang Sudah ‘Upgrade’
“Hai pelanggan IKEA Lembah Klang, kami berharap anda menikmati pengalaman membeli-belah di IKEA setiap kali mengunjungi gedung kami.
“Kami suka menyambut kedatangan anda ke gedung kami sepanjang 365 hari setahun, demi mencipta kehidupan seharian yang lebih baik untuk ramai orang. Pasukan kami bekerja setiap hari untuk memastikan pengalaman membeli-belah dan menjamu selera anda lebih menyeronokkan.
“Pada 26 Februari 2025, kami ingin memohon maaf kerana gedung IKEA di Lembah Klang akan ditutup sedikit lebih awal pada jam 6 petang.
“Ini bagi membolehkan kami meluangkan masa untuk menghargai tenaga kerja kami dan dedikasi mereka setiap hari. Masa yang diluangkan bersama ini membantu kami memberikan lebih banyak senyuman dan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda,” petik kenyataan rasmi IKEA Malaysia.
Bagaimanapun walaupun pada ketika beberapa gedung ditutup, orang ramai masih boleh terus membeli-belah 24-7 dengan IKEA menerusi laman web rasmi IKEA.my
“Terima kasih kerana anda memahami, dan kami berharap dapat menyambut kedatangan anda lagi tidak lama lagi!” – kata Takeshi Murai, Pengurus Gedung IKEA Lembah Klang.
Senarai gedung yang terlibat dalam penutupan awal ini adalah IKEA Cheras, IKEA Damansara dan IKEA pop-up Aeon Bukit Raja.
Terdahulu, seluruh gedung IKEA di Malaysia pernah tutup selama satu hari, di mana ia turut melibatkan urusan jual-beli secara online.
Penutupan sementara waktu itu bagi meningkatkan sistem untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka.