Nilofa Group tampil memohon maaf setelah menggunakan teknik pemasaran dengan gaya kontroversi.
Ketika ini Neelofa dan syarikatnya sedang rancak mempromosikan produk untuk wanita.
Sebelum ini netizen mengecam Nilofa Group yang menjalankan promosi produk baharu Neelofa. Di mana iklan iklan mereka berbaur kelucahan dan double meaning.
Iklan iklan tersebut membuatkan netizen rasa kurang senang dengannya.
Ramai menganggap perkara ini harus diberikan perhatian oleh Neelofa sendiri, selebriti yang berpurdah dan berimej Islamik.
Mereka juga kecewa kerana taktik pemasaran seperti itu dianggap tidak sepatutnya dibuat oleh usahawan berpengaruh seperti Neelofa.
Setelah mendapat kecaman dan kritikan Nilofa Group tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di atas salah faham yang timbul daripada iklan mereka.
Selain itu mereka menyatakan bahawa segala teguran masyarakat diambil maklum dan akan lebih berhati hati di masa akan datang. Terutama sekali berkenaan dengan isu sensitif.
Nilofa Group turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus menyokong produk mereka.
Dalam kenyataannya, Nilofa Group berkata: “Kami dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas kesalahfahaman yang timbul berkenaan dengan produk kami yang telah dipaparkan.
“Kami mengambil maklum pantau tegur daripada masyarakat dan berjanji untuk lebih berhati-hati serta sensitif dalam setiap komunikasi kami pada masa akan datang. Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua.”