Beberapa hari kebelakangan ini hangat diperkatakan di seluruh negara mengenai isu pusat judi haram yang didakwa beroperasi di sekitar kawasan Lembah Klang.
Ia susulan pendedahan mengejutkan oleh pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut mengenai perkara itu dalam video tular sejak hujung minggu lalu.

Tidak mahu ketinggalan dengan isu tersebut, salah satu laman e-dagang terbesar di Malaysia, Shopee pada semalam dilihat turut tidak mahu melepaskan peluang dan mengambil kesempatan dengan isu tular semasa itu.
Bagaimanapun, pendekatan mereka bukanlah mendedahkan kegiatan kedai judi namun mereka dilihat menggunakan kata kunci yang berkait dengan isu tersebut dalam mempromosikan produk jualan di laman mereka.
Jangan PERJUDIKAN kebersihan premis anda tanpa melakukan apa-apa 🎰. Cepat dapatkan vacuum cleaner di Shopee kerana ianya HOT selling item seperti BURGER di tepi jalan 🍔. BIL ELEKTRIK boleh BUKTIKAN betapa efisen. SERBU link ni sekarang 👮🏻♂️: https://t.co/6iRxFS0iZI#ShopeeMY pic.twitter.com/dvTQKfLXU3
— Shopee Malaysia (@ShopeeMY) August 10, 2020
Antara kata kunci yang digunakan laman e-dagang itu adalah seperti perjudikan, lambang mesin slot judi, hot, burger dan bil elektrik. Apa yang menariknya, kesemua kata kunci yang digunakan dalam promosi media sosial ini dapat ditonjolkan dengan jelas apabila ia ditulis dengan huruf besar.
Walaupun tidak menyatakan dengan jelas di sebalik penggunaan kata kunci itu namun rata-rata netizen dilihat memahami jenaka dan sindiran yang cuba dilakukan pihak pemasaran e-dagang itu.
Malah sehingga artikel ini ditulis pagi ini, ciapan di laman Twitter itu sudah mendapat lebih 500 retweet dan lebih 2,000 komen di Facebook dengan rata-rata netizen dilihat memahami apa yang cuba disampaikan mereka.
https://twitter.com/MissNshi/status/1292890423392784385?s=20
Shopee pun dah pandai menganjing ea lani HAHAHAHAH https://t.co/xcp5FubeuI
— Saint Mon Jay Garcia Saturn (@Aimonnn_) August 10, 2020
Selian Shopee, rangkaian pasaraya Econsave juga dilihat turut serta dengan kempen mereka yang tersendiri juga menggunakan kata kunci yang hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh Shopee dalam mempromosikan produk jualan mereka melalui media sosial.
Antara kata kunci yang digunakan mereka adalah seperti mesin, kuda dan juga serbu dan juga menggunakan huruf besar untuk menonjolkan perkataan-perkataan tersebut.
MESIN ini blh bersihkan segala debu yg berada di meja ataupon segala jenis permainan termasuk permainan kanak-kanak seperti KUDA. SERBU link dibawah untuk dapatkan vacuum ini, ia tidak
membazirkan BIL ELEKTRIK anda boleh BUKA TIKAN vacuum ini!
"https://t.co/MEtA7IyPUL" #Econsave pic.twitter.com/eFLrfOgseO— Econsave (@econsavemy) August 10, 2020
Bukan sahaja iklan menggunakan kata kunci, namun filem One Two Jaga arahan Nam Ron juga dikatakan turut menerima tempias dengan isu pusat perjudian haram ketika ini. Baca mengenainya di pautan di bawah.
Kerana Kes Abang Burger, Filem One Two Jaga Kembali ‘Panas’ Di Netflix
KPD Sungai Buloh Jawab Pendedahan ‘Berani Mati’ Pemilik Hot Burger Malaysia
‘Saya Yang Buat Report Saya Pula Diancam’ – Asri Janggut Cerita Keadaannya Ketika Ini