Boleh kata ini antara iklan raya paling ramai boleh relate. Rasanya sekali dalam seumur hidup, pasti kita pernah merasa perasaan beraya di perantauan kerana tidak dapat cuti atas faktor kerja.

Amin (Shafie Naswip) Lakonan Shafie Naswip dan Khatijah Tan dalam iklan ini sangat baik hingga terkesan di hati. Jalan ceritanya pun mudah sahaja. Si emak menantikan anak kesayangannya pulang berhari raya tetapi si anak gagal pulang atas kekangan tanggungjawab kerja.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Syabas untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Bandar raya, memang setiap hari hari raya. Boleh kongsi kisah beraya di tempat kerja di ruangan komen.