Setiap kali musim perayaan, kita semua tak sabar nak balik kampung. Tapi apa jadi kalau perjalanan balik kampung kali ini berubah jadi satu perjalanan penuh kenangan?

IJM Land baru saja melancarkan iklan pendek Raya mereka, dan kalau anda belum tengok, sila standby tisu sebab confirm ada yang masuk habuk dalam mata!

Bas balik kampung atau mesin masa?

IJM LAND

Iklan ini mengisahkan Haikal, seorang pemuda yang dalam perjalanan balik kampung untuk menyambut Hari Raya. Dalam keseronokan menikmati perjalanan, dia akhirnya terlelap di dalam bas.

Tapi sebaik sahaja dia tersedar, sesuatu yang pelik berlaku, bas itu bukan lagi sekadar pengangkutan biasa, sebaliknya menjadi ‘mesin masa’ yang membawanya melalui memori silam!

Bas itu berhenti di beberapa ‘stesen’ yang mewakili detik-detik penting dalam hidup Haikal, kenangan bersama keluarga, cabaran yang pernah dia hadapi, dan momen-momen kecil yang akhirnya membentuk siapa dirinya hari ini.

Throwback yang menyentuh hati

IJM LAND

Setiap perhentian dalam perjalanan ini membuatkan Haikal terkenang kembali nilai sebenar dalam hidupnya. Dia mengimbas kembali masa kecilnya bersama ibu bapa, kenangan kehilangan seseorang yang tersayang, serta erti sebenar pengorbanan dan kasih sayang.

Rasanya ramai yang boleh relate dengan kisah ini—kadang-kadang, dalam kesibukan mengejar impian, kita terlupa apa yang benar-benar penting. Dan Raya adalah masa yang tepat untuk kita muhasabah diri serta menghargai orang tersayang sebelum semuanya hanya tinggal kenangan.

Kalau anda belum tengok, wajib layan iklan pendek Raya dari IJM Land ni. Percayalah, ia bukan sekadar iklan, tapi satu pengalaman yang akan buat anda merenung kembali erti sebenar Raya.

Jom tonton video penuh kat bawah ni!

So, dah ready nak balik kampung dengan hati yang lebih bermakna tahun ni? Selamat Hari Raya!