Mula diperkenal sejak pertengahan tahun ini, Apple iMac Pro berjaya membuktikan Apple masih lagi serius untuk mengeluarkan Mac dengan spesifikasi yang tinggi. Warna space grey yang dipadankan bersama paparan 5K sekaligus membuatkan Apple iMac Pro berada di kelasnya yang tersendiri.

Berita baik buat anda yang mahu mendapatkan Mac terbaru, Apple Malaysia akan mula menawarkan Apple iMac Pro seawal 14.12.2017 iaitu esok khusus buat para pengguna yang mahukan Mac dengan spesifikasi tinggi.

imac-pro-hero

Mac1-JasonHenry-060517_APPLE_0360

Setakat ini Apple Malaysia masih belum lagi mengumumkan harga permulaan buat Apple iMac Pro. Harga permulaan sekitar $4900 (~RM19,964.07) antara yang anda boleh jangkakan.

Buat anda yang mahukan kelajuan berganda serta ruang storan yang lebih, Apple turut menawarkan beberapa pilihan lain. Dari segi processor berpeluang mendapatkan versi 10-core manakala versi 18-core bakal ditawarkan seawal tahun hadapan.

imac-pro-00-100725007-orig

Anda juga boleh mendapatkan iMac Pro dengan spesifikasi tertinggi dimana RAM yang disertakan sehingga 128 GB manakala SSD iMac Pro juga disertakan dengan saiz sehingga 4 TB. Buat spesifikasi tercanggih iMac Pro, harga mencecah RM30,000 sehingga RM40,000 antara yang dijangkakan buat sebuah mesin future proof ini. Sanggupkah anda?