Sebelum ini tular video pasangan membawa bayi dengan bantuan alat pernafasan di atas motosikal yang meraih simpati netizen. Sehingga ada pemilik kereta terpakai menghadiahkan mereka kereta terpakai.

Rezeki Adik Mohd Aariz, Tauke ‘Used Car’ Bagi Proton Persona

Namun begitu, pasangan tersebut sebenarnya masih belum berkahwin dan tinggal bersekedudukan.

Mereka turut menerima banyak bantuan lain selepas mereka menjadi tular. Malah turut dijemput oleh stesen radio untuk temuramah.

Netizen kecewa apabila mendapat tahu bahawa pihak masjid sudah menjelaskan bahawa pasangan tersebut sebenarnya belum berkahwin.

Dan mereka sudah dinasihati untuk tinggal berasingan namun tidak mahu berbuat demikian. Kemudian orang kampung telah menyerbu rumah mereka dan menghantar si perempuan ke rumah ibu bapanya. Malangnya dia kembali semula bersama teman lelakinya itu.

Pihak masjid menyatakan mereka hanya menjelaskan tentang hubungan pasangan tersebut dan tidak mahu mengulas tentang bayi di bawah jagaan mereka.

Malah imam kepada masjid Al Ma’arufi turut simpati dengan anak wanita itu yang kronik. Namun harus menyatakan hal sebenar berkaitan dengan hubungan pasangan itu.

Rezeki Adik Mohd Aariz, Tauke 'Used Car' Bagi Proton Persona
Sumber Gambar: MSN

Selepas kes mereka tular, orang ramai telah berkunjung ke rumah mereka untuk memberikan bantuan ini termasuk pempengaruh media sosial. Ianya membuatkan orang kampung sekali lagi menasihati mereka untuk tinggal berasingan. Dan kemudian iman masjid menjelaskan tentang status hubungan mereka.

Pihak masjid turut meminta orang ramai berhubung dengan pihak ketua kampung terlebih dahulu jika perkara seperti ini berlaku lagi di masa akan datang.