Seorang pemilik rumah di Maryland, Amerika Syarikat didakwa menunggu sehingga pekerja imigran haram siap membaik pulih rumahnya sebelum sebelum menghubungi U.S. Immigration and Customs Enforcement (ICE) terhadap mereka.
Eenam pekerja pemasangan dan membaiki bumbung warga Guatemala tanpa dokumen ditahan ketika sedang bekerja di sebuah rumah persendirian di Cambridge.
Menurut laporan, pemilik rumah berkenaan dipercayai berhutang kira-kira USD10,000 kepada pekerja terbabit bagi kerja selama tiga hari sebelum bertindak melaporkan mereka kepada pihak berkuasa.
Dia menunggu bumbung rumahnya siap, dan kemudian dipercayai telah menghubungi ejen ICE dengan menyediakan tangga bagi memudahkan akses ke bumbung semasa operasi penahanan dijalankan.
Insiden tersebut dirakam secara langsung selama kira-kira 30 minit oleh rakan sekerja mangsa, Bryan Polanco, menerusi platform X. Rakaman itu kemudiannya tular di media sosial.
Polanco sebelum ini mendengar memang sudah ada kes seperti itu di mana warga tempatan Amerika Syarikati mengupah pendatang asing tanpa izin kemudian mereka memanggil ICE untuk menangkap pekerja asing tersebut untuk mengelak daripada membayar.
“Melihatnya tidak sama seperti mengalaminya sendiri,” kata Polanco.
“Saya telah melihat banyak video, dan malangnya hari ini saya sendiri terpaksa mengalaminya,” jelasnya lagi.
Keluarga pekerja yang ditahan turut meluahkan kesedihan mereka dalam temu bual bersama Univision.
Antara mereka termasuk seorang wanita yang sedang hamil lima bulan dan mempunyai dua anak kecil.
Mereka menyatakan bahawa para pekerja hanya mahu mencari rezeki secara jujur dan memperbaiki kehidupan tanpa melakukan sebarang kesalahan.
Video tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai, dengan ramai yang mengkritik isu eksploitasi pekerja lebih daripada tindakan penguatkuasaan imigresen itu sendiri.
Homeowner waits until construction job is nearly done—then calls ICE on 6 of her own workers.
Woman even provides the ladder used by agent to detain men—who she owes $10,000 for 3 day job.
"She called the damn law on us and now we're totally screwed!" men yell in Spanish. "They… pic.twitter.com/eodDk6RaLf
— LongTime🤓FirstTime👨💻 (@LongTimeHistory) March 26, 2026
Mereka juga mempersoalkan, kenapa wanita itu tidak diambil tindakan kerana menggunakan khidmat warga asing yang tidak ada permit kerja yang sah?
Jurucakap ICE memberitahu wartawan bahawa wanita tersebut tidak membuat laporan. Cuma kebetulan ICE membuat operasi di kawasan tersebut: “Ini adalah operasi penguatkuasaan yang disasarkan, bukan berdasarkan maklumat daripada seorang pemanggil.
“Pada 23 Mac, ICE menjalankan operasi penguatkuasaan yang disasarkan berhampiran Cambridge, Maryland, yang membawa kepada penahanan enam pendatang tanpa izin. Daripada mereka yang ditahan, beberapa mempunyai perintah pengusiran muktamad—satu kesalahan jenayah—dan seorang pernah disabitkan sebelum ini kerana masuk semula secara haram.”
@viralinthe6ix This incident involves a dramatic ICE (Immigration and Customs Enforcement) raid in the United States where six undocumented Guatemalan roofing workers were arrested mid-job at a private home in Cambridge, Maryland. The homeowner reportedly owed the workers around $10,000 for three days of labor, tipped off the authorities, and even provided a ladder to help ICE agents access the roof during the arrest. The entire event was captured live on camera for about 30 minutes by one of the workers’ coworkers, Bryan Polanco, who streamed it on X (Twitter). The workers’ families, including one man’s five-months-pregnant wife with two young children, have spoken out in distress through Univision interviews, saying the men only wanted to work hard and “get ahead” without causing any harm. The video went massively viral, sparking widespread public outrage over worker exploitation rather than the immigration enforcement itself. This matter took place in the United States of America, specifically in the state of Maryland. #fyp #ice #roofing #roofinglife #usa Via @worldwidenewz
Netizen berpendapat ICE hanya cuba melindungi wanita tersebut kerana dia memberikan maklumat.
Jurucakap ICE menambah: “Semasa operasi itu, individu-individu tersebut enggan mematuhi arahan yang sah, didakwa menghalang tugas pegawai dan cuba melarikan diri. Akhirnya mereka akur dan ditahan.”