i-City, Bandar Teknologi No. 1 Malaysia telah melancarkan Immersive Winterland secara rasmi dan acara perasmian telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, berdiri sebagai bukti penumpuan inovasi dan pengayaan budaya.

Pusat pengalaman imersif yang pertama di Malaysia ini menggabungkan teknologi, hiburan, dan seni secara serasi untuk menyampaikan pengalaman deria yang benar-benar mengasyikkan.

Baca Juga:

@mimieyuzi

Immersive Winterland baru sahaja dibuka secara rasmi semalam. Jom tengok apa yang menarik! #ImmersiveWinterland #iCity #OneShahAlamOneDestination #explorepage #CapCut #foryoupage #fyp #fypシ゚viral #placetogo #placetovisitinselangor #xyzbca #photospot #ootd

♬ original sound – Mimie Yuzi – Mimie Yuzi

Kemuncak pengalaman i-City Shah Alam ialah permainan 360° Immersive Explorer dimana menawarkan terjunan 7D dari tebing salji ke lautan terbuka dan seterusnya. Tetamu juga dapat masuk ke alam tempat makhluk purba musim sejuk dan mencuba simulasi sukan musim sejuk seperti Skii Scape dan Snowballing.

Projeksi digital bunga-bungaan yang berwarna-warni dan haiwan-haiwan yang realistik turut menceriakan interior Immersive Winterland, merangsang deria dan imaginasi para pangunjung.

Pengalaman ini melampaui visual. Ia meransang deria para pengunjung dengan pelbagai suhu, sensasi taktil, dan landskap bunyi yang menarik yang dicipta oleh teknologi audio spatial yang canggih.

Jika anda mahu merasai sendiri pengalaman menarik di Immersive Winterland ini, anda boleh dapatkan tiket di sini dan harga tiket masuk untuk dewasa adalah RM45, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun berharga RM35.