Pemain tengah skuad kebangsaan, Hector Hevel menampilkan prestasi cemerlang dalam penampilan pertama beliau bersama pasukan kebangsaan dalam saingan kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim baru-baru ini.
Malaysia menundukkan Nepal dengan keputusan 2-0 dalam aksi pembukaan kempen kelayakan kali ini sekaligus bermula dengan langkah kanan di bawah kendalian Peter Cklamovski.
Baca Juga:
- Matthew Davies: ‘Mereka Pemain Malaysia, Bukan Warisan’
- Ditanya Peluang Pemain Warisan Beraksi Menentang Nepal, Ini Jawapan Peter Cklamovski
- Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia Mulakan Kempen Dengan Tundukkan Nepal 2-0
Hector Hevel Cemerlang Dalam Penampilan Pertama
Hevel diturunkan dalam kesebelasan utama sekaligus membuat penampilan pertama bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.
Peluang ini tidak disia-siakan oleh pemain Portimonense itu apabila membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama menerusi percubaan dari luar kotak penalti.

Selepas perlawanan tamat, peminat terus memberikan pujian bagi pemain berusia 28 tahun ini selepas menampilkan prestasi cemerlang di bahagian tengah dimana beliau bergandingan dengan Nooa Laine.
Meskipun ini merupakan kali pertama kedua-dua pemain digandingkan, namun keduanya menunjukkan chemistry yang cukup baik mereka berjaya mengawal bahagian tengah dan tidak membenarkan pasukan lawan untuk melakukan gerakan serangan.
Ada juga segelintir peminat yang berpendapat bahawa pengurusan baharu skuad kebangsaan melakukan kerja yang sangat baik dimana mereka membawa masuk pemain warisan seperti Hector Hevel yang mempunyai kualiti.
Dalam masa yang sama, ekoran persembahan cemerlang yang ditampilkan, Hevel turut dipilih sebagai pemain terbaik bagi perlawanan semalam.

Selepas berjaya menewaskan Nepal, Malaysia kini menduduki tangga kedua dalam kumpulan F dibelakang pasukan Vietnam yang turut mencatat kemenangan ke atas Laos dalam satu lagi perlawanan kelayakan.
Juara Piala AFF Mitsubishi Electric itu mencatat kemenangan besar dengan keputusan 5-0 sekaligus menduduki tangga pertama.