Pada bulan Ogos lalu Inara Rusli telah membuat tuntutan hak royalti untuk beberapa buah lagu yang dicipta bersama bekas suaminya, Virgoun.

Terbaharu, mahkamah memutuskan Inara berhak mendapatkan hak royalti lagu ciptaannya bersama Virgoun sebagai harta sepencarian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Inara menyatakan kemenangan itu turut menjadi lembaran sejarah baharu di Indonesia kerana ini kali pertama isu royalti dijadikan tuntutan dalam harta sepencarian pasangan bercerai.

“Lima lagu sahaja buat masa ini; ‘Surat Cinta untuk Starla’, ‘Bukti’, ‘Orang yang Sama’, ‘Titik Balik di Hidupku’ dan ‘Saat Kau Telah Mengerti.

“Selama mana lagu-lagu itu dimainkan, pembahagian royalti akan dibahagikan kepada dua; untuk saya dan Virgoun,” ujar Inara.

Tambah beliau lagi, peguamnya akan mencari lagi jika terdapat lagu-lagu lain ciptaan Virgoun yang diilhamkan oleh Inara.

Sebelum ini peguam yang mewakili Inara, Arjana Bagaskara, tuntutan itu dibuat kerana ia termasuk dalam harta bersama selain lagu tersebut dicipta selepas mereka bergelar suami isteri.

Terdahulu, dalam tuntutan penceraiannya, Inara Rusli memfailkan tuntutan hak penjagaan anak, nafkah dan royalti untuk lagu-lagu yang ditulis oleh Virgoun.

Virgoun dan Inara Rusli sah bercerai, Jumaat (10/11/2023) selepas sembilan tahun bergelar suami isteri.

Sumber