Seperti ramai sedia maklum, petang ini telah berlangsungnya Pembentangan #Bajet2023 di mana peruntukan sebanyak RM372.3 bilion disasarkan untuk pembaharuan struktur dan pertumbuhan.

Menerusi perbentangan yang diumumkan Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz telah mengumumkan golongan M40 dengan pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun bakal menerima RM100 yang bakal dikreditkan kepada e-wallet menerusi inisiatif e-Pemula M40.

Baca Juga:

Difahamkan inisiatif e-Pemula M40 ini bakal memberi manfaat kepada 8 juta individu di Malaysia. Setakat ini masih belum diumumkan pilihan aplikasi e-wallet yang tersedia dalam membolehkan pengguna menerima RM100 yang bakal dikreditkan pihak kerajaan.