Memanglah kita diajar untuk berbuat baik dengan semua mahluk seperti binatang. Jadi, muncul sejumlah pecinta binatang yang sedia memberikan makanan dan minuman kepada kucing atau anjing jalanan pada saban hari.
Namun, nak melakukan kebaikan sekali pun perlu bertimbang rasa dengan orang lain seperti mana senario yang sering berlaku di mana seseorang individu dengan selamba meninggalkan sisa makanan terutamanya makanan basah tanpa memikirkan akibat daripada perbuatannya itu.
Inilah situasi yang dihadapi oleh seorang pemilik kedai yang kesal dengan sikap individu yang memberi makanan kepada kucing jalanan di hadapan premisnya.
Sisa terbiar menjadi busuk dan kotor

Apa yang membuat dia geram apabila sisa makanan yang diberikan itu telah menyebabkan bahagian hadapan premis menjadi kotor dan berbau busuk.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di platform X, sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan sosok seorang wanita sedang memberi makanan kepada beberapa ekor kucing jalanan di hadapan premis kedai berkenaan pada waktu malam.
Sudah banyak kali berlaku

Pemilik kedai meluahkan kekecewaannya kerana kejadian ini telah berulang beberapa kali, menyebabkan dia dan kakitangannya terpaksa menanggung bau busuk najis haiwan pada setiap pagi.
“Ya kucing memang makan tapi korang fikir tak apa yang jadi lepas kucing tu makan?
“Sisa makanan tu akan jadi bersepah, bau busuk dan hanyir. Yang hadap bukan korang, tapi orang lain yang jadi mangsa.
“Pagi-pagi staf kitorang datang kerja. Tapi apa yang diaorang dapat, hadap lantai penuh dengan sisa makanan dan bau busuk,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut mendedahkan ada individu lalu lalang yang tidak bernasib baik apabila terpijak sisa makanan tersebut di mana meninggalkan berbau hanyir dan busuk pada kasut.

Jadi, dia menyoal sama ada pelaku akan berbuat sedemikian jika berhadapan insiden yang sama pada diri sendiri.
Dengan itu, beliau menyeru kepada mereka yang prihatin memberi makan kucing agar memastikan mereka melakukannya di tempat yang sesuai dan menggunakan bekas makanan, demi mengelakkan masalah kebersihan.
Ni kalau pencinta kucing tengok mesti triggered. Tapi betul juga apa yang brader ni marahkan. Tak salah nak bagi makan tapi kemas lah balik 😅 pic.twitter.com/2sHHfzcLRW
— kamaghul deghaman (@kamaghul) March 10, 2025
Menelusuri ke ruangan hantaran itu, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang dialami oleh pemilik bisnes itu yang terpaksa berdepan situasi sedemikian malah membersihkan kotoran dek disebabkan oleh tindakan segelintir individu lain.
“Ramai yang marah cakap owner kedai pemalas nak kemas. In the first kau bagi makanan dekat harta benda orang tau, patutnya kau yang kena mintak izin nak tumpang bagi makanan, kalau owner kedai tak redha kau dah buat sepah mmg kau salah jugak,” komen seorang netizen.
“Tak salah abang ni marah memang betul pun, at least kalau nk bagi makanan pun boleh sediakan bekas & janganlah letak betul-betul depan kedai tu.. boleh bawak pergi jauh sikitt ke tepi tu,” tulis seorang netizen lain.
“Nak cari pahala atau percinta haiwan pun jgn sampai membebankan org lain berlakulah saksama sebagai manusia yg dikurniakan AKAL janganlah disia-siakan – Common sense,” komen pedas yang ditinggalkan oleh netizen.
“Kesian dekat orang lain bertambah kerja pulak nak kena kemaskan pula,” komen ringkas netizen lagi.
Tidak kurang juga ada yang membidas pemilik kedai kerana terlalu berkira untuk berkongsi rezeki dengan mahluk lemah itu dan mengganggap membersihkan kotoran sebagai sesuatu kerja yang mudah.