Islam sangat menitik beratkan hal kesucian dalam pelbagai aspek termasuklah menjaga kawasan atau premis kedai dari bercampur dengan perkara haram.
Baru-baru ini, sebuah syarikat pengendali servis dobi Muslim berkongsi video yang memperlihatkan cabaran bisnes kliennya yang menghadapi kehadiran anjing liar yang berehat di dalam premis dobinya.
“Siapa sangka salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh pemilik dobi adalah kehadiran haiwan peliharaan yang mencari tempat untuk tidur!,” tulisnya di kapsyen.
Untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang bagus, pemilik telah mengambil inisiatif untuk memasang pagar. Dengan penambahan pagar ini dapat memastikan anjing liar tidak berehat di dalam premisnya kerana dikhuatiri bulu atau air liur anjing itu akan melekat sekaligus menjejaskan kualiti perkhidmatan yang dipercayai sedia mematuhi syarak Islam.
Mereka turut telah membersihkan keseluruhan lantai dobi dan menyertu bagi memastikan keadaan premis kembali seperti sedia kala.
Untuk makluman, binatang seperti anjing atau babi diklasifikasikan sebagai najis mughallazah yang mana haram untuk dipegang apatah lagi bercampur dengan sengaja. Dalam apa-apa senario sekalipun penganut Islam tidak boleh sesuka hati mendekati benda yang haram.
@drlaundry_ Siapa sangka, salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh pemilik dobi adalah kehadiran haiwan peliharaan yang mencari tempat untuk tidur! Tapi, kami tidak membiarkannya mengganggu kualiti perkhidmatan kami! Nak tahu apa kami buat? Tengok part 2! #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #viral #dobilayandiri #laundryselfservice #anjingviral
♬ Comical BGM for kids and animal content(1185154) – Music Studio FIVE PENNIES
Perkongsian TikTok Dr Laundry itu telah mengundang pelbagai reaksi terhadap isu terbabit. Ada sebahagian yang merasakan tindakan itu adalah wajar dalam menjaga kesucian dan kebersihan premis dobi lalu memberi keyakinan kepada para pelanggan muslim ke situ.
Sementara sebahagian lain pula yang dilabel sebagai animal lover lebih cenderung dengan pendekatan menyediakan tempat rehat buat anjing-anjing liar di kawasan sekitar tanpa perlu mengambil langkah drastik tersebut.