Sudah menjadi satu kebiasaan bagi pihak pengurusan masjid mencari calon untuk imam tarawih buat sepanjang bulan Ramadan.

Namun sehingga kini masih menjadi isu hangat berhubung pembayaran elaun yang tidak setimpal dengan ekonomi semasa kepada para imam yang terpilih.

Baca Juga:

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook mendedahkan tentang sikap seorang Bendahari di sebuah masjid yang mempunyai sifat berkira atau kedekut.

imam tarawih
Sumber Gambar: Popularitas.com

Menurut lelaki itu, Bendahari masjid terbabit dikatakan tidak bersetuju untuk membayar setiap imam solat sunat tarawih sebanyak RM2,000 untuk 15 hari.

“Bendahari tak setuju sebab katanya RM2,000 seorang itu tinggi sangat. Bendahari itu cadang bagi RM500 sahaja. Ahli jawatankuasa yang lain pulak tak setuju,” tulisnya di dalam status Facebook.

Bercerita lanjut, Bendahari terbabit memberi cadangan untuk mengadakan kutipan khas saguhati buat imam tarawih selama sehari dan duit berkenaan akan diberikan kepada imam berkenaan.

imam tarawih
Sumber Gambar: Buzzkini

Selepas membuat kutipan, kesemua ahli kariah terkejut apabila mendapati kutipan khas yang dibuat selama sehari itu berjaya mengumpul sebanyak RM21,000.

Namun, Bendahari berkenaan tiba-tiba bersetuju untuk berikan kesemua wang terkumpul itu kepada imam tarawih, sebaliknya pihak masjid perlu mengambil sedikit wang berkenaan.

“Bendahari pulak tak setuju nak bagi semua sebab katanya banyak sangat. Masjid kena ambik sikit. Ahli jawatankuasa yang lain pakat tak puas hati belaka. Dia yang bagi cadangan, dia sendiri yang tak setuju,” katanya lagi.

Sumber Gambar: FB

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan Bendahari terbabit yang tidak amanah dengan janjinya dan dilihat bersikap iri hati dengan sumbangan sebanyak itu.

Malah, ada juga yang mendakwa perkara itu juga berlaku di masjid-masjid lain dan ini bukanlah yang pertama berlaku di Malaysia.

Sumber Gambar: FB
Sumber Gambar: FB

Ramai juga menegaskan tiada salahnya memberikan sagu hati yang besar kepada para hafiz al-Quran yang mengimamkan solat tarawih kerana hanya sebulan sekali sahaja.

Sumber